Comments


                                                                   HADIST TENTANG IKHLAS


وعن محمودبن لبيد رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ان اخوف ما اخاف عليكم الشرك الأصغر: الرياء  (اخرجه احمد)                                                                                                                            



Terjemahan: Mahmud bin Labid  r,a.  Radiyallahu’anhu ia berkata: Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya hal yang paling aku takuti menimpamu ialah syirik kecil, yaitu riya’.” (HR. Ahmad )


          Hadis di atas adalah berhubungan erat dengan persoalan niat. Rasulullah s.a.w menyabdakannya itu ialah kerana di antara para sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mengikuti untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah, semata-mata sebab terpikat oleh sesuatu. Beliau s.a.w. mengetahui maksud orang itu, lalu bersabda sebagaimana di atas.

Oleh kerana orang itu memperlihatkan sesuatu yang bertentangan dengan maksud yang terkandung dalam hatinya, meskipun sedemikian itu boleh saja, tetapi sebenarnya tidak patut sekali sebab saat itu sedang dalam suasana yang amat genting dan rumit, maka ditegurlah secara terang-terangan oleh Rasulullah s.a.w.

Bayangkanlah, betapa anehnya orang yang berhijrah dengan tujuan memburu sesuatu yang diinginkan sedang sahabat beliau s.a.w. yang lain-lain dengan tujuan menghindarkan diri dari amarah kaum kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di Makkah, hanya untuk kepentingan penyebaran agama dan keluhuran Kalimatullah.Bukankah tingkah-laku manusia sedemikian itu tidak patut sama-sekali.

Jadi oleh sebab niatnya sudah keliru, maka pahala hijrahnya pun kosong. Lain sekali dengan sahabat-sahabat beliau s.a.w. yang dengan keikhlasan hati bersusah payah menempuh jarak yang demikian jauhnya untuk menyelamatkan keyakinan kalbunya, pahalanya pun besar sekali kerana hijrahnya memang dimaksudkan untuk mengharapkan keredhaan Allah dan RasulNya. Sekalipun datangnya Hadis itu mula-mula tertuju pada manusia yang salah niatnya ketika ia mengikuti hijrah, tetapi sifatnya adalah umum. 


Perlu pula kita ketahui bahawa barangsiapa berniat mengerjakan suatu amalan yang bersangkutan dengan ketaatan kepada Allah ia mendapatkan pahala. tetapi sebaliknya apabla seseorang melakukan suatu perbuatan yang diridha'i Allah tetapi, ia salah niat yakni hanya untuk mendapatkan pujian dari orang lain atau sebagainya, maka hal itu akan sia-sia. sebagaimana sabda Rasulallh S,A.W dibawah ini.


عن ابي اما مة اليا هلي رضي اللة عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم  ان الله لايقبل من العمل الا ما كان له خالصا ويبتغي به وجهه (رواه النسائ

dari Abu Umamah Al-bahiliy r,a. berkata,  Rasullah SAW. Bersabda, sesungguhnya Allah  tidak akan menerima suatu amal kecuali yang ikhlas untuk-Nya, dan bertujuan untuk mencari ridha-Nya (HR Nasa’i).

         
         jelas sekali bahwa amal atu perbuatan manusia tidak akan di terima oleh Allah apa bila tidak di dasari niat yang ikhlas, .jadi biar amal kita tidak sia-sia dimata Allah, sebelum melakukan suatu perbuatan awalilah dengan berniat yang ikhlash, yaitu semata-mata lillahi ta'ala.

Related Post :